panda said;

panda said;
secret ingrident..you just have believe

ke dapur...

ke dapur...
Jommmm masak..

Isnin, 18 Januari 2010

Asam Pedas Melaka.


Jommmm asam pedas cm ....bersama cencalok...

setenggah cawan lada kering dimesin
7 biji bawang merah-tumbuk
4 biji bawang putih-tumbuk
sebesar ibu jari kunyit hidup-kisar dgn lada
sebesar ibu jari belacan-kisar dgn lada
sesudu halba
2 sudu jintan manis-kisar dgn lada
2 sudu rempah biji-kisar dgn lada
segemgam asam jawa (buat jus)
ikan (ikut suka)
daun kesum
bunga kantan
buah tomato
terung/bendi

cara membuat:

panaskan minyak,tumis halba pastikan tidak hangus,pahit nanti.
tumis bawang merah ditumbuk dengan bawang putih sampai kuning
masukkan lada,jaga api jgn hangus,pastikan garing secukupnya
sampai naik minyak
masukkan ikan(kalau ikan kecil masukkan kemudian,ikan besar masukkan selepas ditumis)
masukkan jus air asam sampai tengelam ikan
pedas dan masamnya perlu seimbang
biarkan mendidih
masukkan daun kesum
bunga kantan
terung
garam dan perasa
ada jugak mak saya masukkan kerisik untuk lebih kepekatan,tapi ni untuk ikan yg besar
last sekali buah tomato..
didihkan dan hidangkan....

asam pedas melaka biasa nya pekat merah,nampak pedas tapi tidak kerana ladanya garing,ikan kalau dapat yg segar menambah kemanisan kuah..

saya melaka dibahagian merlimau akan selalu jumpa asam pedas ikan parang,tapi kalau tak pandai makan tercekik tulang..


6 ulasan:

  1. CM,

    TK arr...mama tak letak halba selama ni...nanti next time mama masak, mama nak ikut resepi CM. sedap ni!

    BalasPadam
  2. salam,

    sedapnya.
    CM masak asam pedas untuk Azie ni.

    BalasPadam
  3. salam mama zainab

    halba tu akan buat bau asam pedas tu wangi tau,tumis pertama sekali tau,tp api kn jaga jgn hangus halba tu sebab dia boleh buat asam pedas kita jadi pahit,pas kuning halba cepat2 masukkan bawang yg tumbuuk @kisar..ni resepi nenek saya ni..

    BalasPadam
  4. salam Kak S

    notiii arr,hehehehe,sian dia teringin,sama teringin cam abang aji tu kikikikikk..

    BalasPadam
  5. Wah-wah...sekarang ni hebat memasak...mamaju pun ada 'bila periuk menari'..isinya gitu-gitu je.

    BalasPadam
  6. salam ziarah..baru jumpa blog masak-masak CM ni..tahniah!

    BalasPadam