panda said;

panda said;
secret ingrident..you just have believe

ke dapur...

ke dapur...
Jommmm masak..

Selasa, 25 Oktober 2011

Puding Karamelku,,,


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

ikan parang masak pindang


Cala masak sangat sinang loor,,

tumbuk kunyit hidup dlm 3 inci bersama bawang merah 4 biji dan bawang putih 2 biji
masukkan bahan tumbukan dlm periuk,,ambil 3 mangkuk air asam jawa,, rebuskan
dah mendidih masukkan ikan,serai,buah tomato sebagai hiasan,,nk pedas buh cili hidup atau cili api,,,
garam dan perasa...manyakkk sinang loor,,,,,

Isnin, 24 Oktober 2011

Laksa ker ni?


Orang kata wat laksa senang,,,
tu lah rupa laksa saya,,,
tolong jangan gelak!!!!!!

Meehun sup sempoi,,,,,



Resepi?????

Buat sup ayam,....masukkan semua bahan yg nampak tu..
CM tak reti nk citer,,,
sori...

Khamis, 16 Jun 2011

Laksa Nyonya Melaka


tayang gambar jer yerrr,,,cari resepi di blog chef2 hebat,,disini cm just tayang hasil percubaan pertama...

Ayam masak halia



Resepi mudah yg sihat dan ringkas,,,,

Bahan-bahanya:

Semangkuk isi ayam
Sebiji bawang besar
Sebuku halia muda
Cili padi
Sebiji tomato
Daun bawang
sos tiram

tumis isi ayam separuh masak
masukkan bawang besar,cili padi dan halia
masukkan 2 sudu sos tiram,sedikit air,,,
goreng hingga masak..
pejam mata pun boleh buat,,,,

Sabtu, 7 Mei 2011

Sambal sardin

untuk hupdate blog,,,sudilah kiranya  menatap sambal sardin merah menyala dariku,,
psssst tapi ramai kata i pandai masak sardin,,,especialy sambal sardin...hehehe..masuk bakul angkat sendiri...

Asam pedas lagi....


Dah nama orang melaka saya sangat meminati asam pedas,bila dapat ikan ,kepala saya mesti dah tergambar asam pedas,itulah yg paling menyelerakan...cuma kali ini dia agak cair dan saya bubuh daun kesom...

Ahad, 16 Januari 2011

Buat kuih sagu kelapa

Bahan-bahan asas yg mudah dan ringkas
secawan sagu
secawan gula
secawan kelapa parut
sedikit garam
3 helai daun pandan
3 gelas air
sedikit pewarna rose



basuh sagu dan toskan...

masukkan 3 cawan air,gula,sagu,dan pewarna merah serta daun pandan dlm periuk...

kacau sampai sagu likat dan kembang..atas api


masukkan dalam loyang dan kukus untuk memudahkan sagu lebih kembang dan cantik..


masukkan dalam acuan bulat atau potong ikut suka tabur kelapa parut
opppps sebelum tu sejukkan dulu

kuih sagu sedia di makan.....cubaan pertamaku menjadi...