panda said;

panda said;
secret ingrident..you just have believe

ke dapur...

ke dapur...
Jommmm masak..

Ahad, 31 Januari 2010

salad ker ni???

ada sebijik carrot,ada sebelah kobis,sebijik timun 5 ekor udang,2 biji kentang,sebiji tomato,tak tahu nk buat apa????saya sagat semuanya campur mayonis dan lemon...jadilah begini...salad versi sayalah...

Isnin, 18 Januari 2010

Asam Pedas Melaka.


Jommmm asam pedas cm ....bersama cencalok...

setenggah cawan lada kering dimesin
7 biji bawang merah-tumbuk
4 biji bawang putih-tumbuk
sebesar ibu jari kunyit hidup-kisar dgn lada
sebesar ibu jari belacan-kisar dgn lada
sesudu halba
2 sudu jintan manis-kisar dgn lada
2 sudu rempah biji-kisar dgn lada
segemgam asam jawa (buat jus)
ikan (ikut suka)
daun kesum
bunga kantan
buah tomato
terung/bendi

cara membuat:

panaskan minyak,tumis halba pastikan tidak hangus,pahit nanti.
tumis bawang merah ditumbuk dengan bawang putih sampai kuning
masukkan lada,jaga api jgn hangus,pastikan garing secukupnya
sampai naik minyak
masukkan ikan(kalau ikan kecil masukkan kemudian,ikan besar masukkan selepas ditumis)
masukkan jus air asam sampai tengelam ikan
pedas dan masamnya perlu seimbang
biarkan mendidih
masukkan daun kesum
bunga kantan
terung
garam dan perasa
ada jugak mak saya masukkan kerisik untuk lebih kepekatan,tapi ni untuk ikan yg besar
last sekali buah tomato..
didihkan dan hidangkan....

asam pedas melaka biasa nya pekat merah,nampak pedas tapi tidak kerana ladanya garing,ikan kalau dapat yg segar menambah kemanisan kuah..

saya melaka dibahagian merlimau akan selalu jumpa asam pedas ikan parang,tapi kalau tak pandai makan tercekik tulang..


Sabtu, 16 Januari 2010

Mee hun putih untuk sarapan


Mee hun putih,CM tak pernah buat,pucat sungguh dalam peti ais ada sawi jer,kalau ada hirisan carrot mesti dia nampak  dia lebih berseri,cari cili merah pun tak de,stok barang dapur banyak dah habis,tapiiiii habis mee ni ada CM tak suka pedas berbaloi lah buat meehun putih ni,,

The sempoii lunch..


Lunch yang sungguh sempoiiii,sup ayam dan kacang panjang goreng..cukup arrr,hehehe malas lah tu..

mee goreng mamak.


ada rupa mee mamak tak??? cm tak bubuh telur tak suka cepat muak nanti.

Sabtu, 9 Januari 2010

Sup telur


antara paberet my girl ialah sup telur..hmm simple jer saya memasak,sup telur saya saya bubuh suun,tauhu kering(pucuk),kentang ,carrot,saya jugak sup ni,saya suka makan dgn ikan goreng,saya dan anak-anak tak berapa tahan pedas..nak resepi ker,hehehe,sonang bebeno,hhmmm tak payahlah buh resepi..

Rabu, 6 Januari 2010

puding roti marble..


kenapa lah belang dia tak berapa nak jadiiiiii...warna koko dia pun pucatt semacam..tai rasanyer mang


teskstur puding ni kasar ye larrr,resepi suruh guna serbuk agar-agar cm,bantai guna agar-agar biasa..kurang lemak sebab terlupa buuh butter, atau majerin

cuba lagi laaar...

Isnin, 4 Januari 2010

Roti gulung versi CM larr


marwan suka hidangan ni..ni khas untuk myhero...

lepat pisang seksi lemah gemalai...


tak pernah buat lepat pisang,walaupun masa kecik mak selalu buat,tapi tak nk tengok mak buat bila dah besar dah jadi tak tahu masak...cubalah buat lepat pisang,jadilah jugak tapi tak cantik..dan lembekk.kena tambah tepung lepas ni..mungkin kena tambah gula merah sikit kot..nk bagi berseri sikt rupa lepat tu..dalam resepi suruh bubuh santan pada adunan lepat tapi cm gantkan dengan susu cair ideal,tu sebab mungkin kurang lemak..cuba lagilah,nk try lepat labu,sedap sangat pernah makan kawan buat..

Ayam pedas tomato..


Nampak sedapkan??/
Yang ni resepi dari kawanku Sharifah Weedad,yg ni rasanya CM nk bag resepi..

1/2 ekor ayam- digoreng
10 biji lada kering dikisar
2 ulas bawang putih- kisar
4 ulas bawang merah-kisar
2 inci halia-ketuk
sebatang serai -kisar @ketuk
2 sudu tomato puri-jgn byk nanti masam
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1/2 gelas air.
garam
serbuk perasa
gula
buah tomato - hiasan.


Cara membuat:
  1. Panaskan kuali masukkan mnyak tumis bahan kisar sehingga garing
  2. masukkan air,tomato puri,sos tomato,sos cili.
  3. Masukkan ayam biar kan sebati bersama bahan tumisan.
  4. masukkan garam,serbuk perasa dan gula
  5. angkat dan hiaskan bersama hirisan tomato.
  6. Ringkas jer kan??????...cubalah,

Ahad, 3 Januari 2010

Tauhu sumbat


Kat dalam peti ais ada tauhu,taugeh dan timun,dari terbuang tak digunakan baik cm buat tauhu sumbat..
hmmm tapi malangnya cm sorang jer yg makan..anak-anak kata pedasssss...
tapikan sos tu i buat sendiri dengan 3 biji cili besar merah,bawang putih,sos cili,cuka sikit,gula,garam..best jugak..

kuey tiew pucat...


Pucat sungguh keiw tiew ni,,untuk kanak-kanak di waktu petang...

marble cake berkuah


ni apa yer.??
.ni CM buat untuk pelajar cm masa jamuan persatuan sejarah sebelum cuti sekolah baru ni.
..,budak-budak tu suka..
CM beli marble cake
fresh milk
fruit coktail
CM taburkan atas cake tu fruit coktail,fresh milk...jadilah dia rupa cam tu..apa nak beri nama nyer..??
cake tu jadi lemak dan basah..
dessert segera ni.!!!!

Nasi lemak local yarr,not international..


Jarang benar buat nasi lemak,cuti sekolah baru ni berkesempatan nk belajar buat...jadi kata juriku..

Sabtu, 2 Januari 2010

Salad terung grill..



CM try buat..ambik resepi kat blog seribu satu rasa...hmmm best jugak..

Laksa Asam


Laksa Asam..berjaya jugak akhirnya...

Jumaat, 1 Januari 2010

mee goreng untuk kanak-kanak..


untuk anakku di waktu petang....

mee kari nyonya..


yang ni sedap,bukan puji diri sendiri tapi memang sedap!!mee kari memang paberet,suka makan dan suka buat...mcm biasa cari resepi sendiri yer..

cekodok bilis



cekodok bilis....keraslah ada petua kot nk lembutkan cekodok..

cekodok pisang..



ok tak,? cekodok tu nampak garing,tapi sedapppppp you..resepi tarakkk yer..