panda said;

panda said;
secret ingrident..you just have believe

ke dapur...

ke dapur...
Jommmm masak..

Rabu, 8 Disember 2010

Agar-agar gula melaka



ni  hasilnya selepas di cuba,,,,,tapi mungkin saya kurang gula,,dia agak keras dan tawar...

Khamis, 18 November 2010

Asam pedas melaka ikan parang


Favourite ni,,
nak resepi tak???


50 sen lada kering,,
6  biji bawang merah
4 biji bawang putih
sesudu jintan manis
sesudu rempah biji
sedikit belacan (jika perlu)
seinci isii kelapa belum dikisar dibakar,dihiris nipis dan di blend@ gantikan sesudu kerisik
(semua ni kisar yer....)

Cara membuat
panaskan periuk...bubuh minyak secukupnya
tumis sesudu halba,,(pastikan jgn hangus nanti pahit)
halba kekuningan masukkan bahan kisar tu semua
tumis lada hingga betul-betul garing
masukkan air asam jawa(asam jawa kn banyak kira2 segemgam)
air asam jawa sampai tenggelam ikan atau ikut suka berdasar kepekatan
biarkan mendidih,masukkn garam dan perasa 
pas mendidih boleh masukkan tomato,bendi atau terung,,
saya suka tomato..

hidangkan,,,,,asam pedas melaka mesti pekat seimbang pedas dan masamnya..



Rabu, 17 November 2010

Ice cream buah

(maaf ler presentation tak lawa,,,dah di kacau dk pelajar saya)...

Jamuan akhir tahun kelas saya baru ni ,saya buatkan pelajar ice cream buah,
buah-buahan seperti epal hijau,guana(jambu batu),tembikai susu,sun melon,biasanya tak dpt perhatian budak-budak,cuba kita `bega`kan sikit,potongkan kecil-kecil,beli semangkuk besar ice cream perasa vanila ,cedok dan campurkan dalam buah,buat dia seperti bersalji di atas buah dan taburkan ralu..tisin(kismis).budak-budak pasti suka cubalah...oh yer nk sedap lg tambahkan 2 fruit yoggurt jenama Nestle tu...

Khamis, 9 September 2010

Home Made Coklat,,


Coklat hasilan pertama selepas belajar dari seorang kawan
hehehe,,not bad,,

Khamis, 2 September 2010

belajar buat nasi ayam


ayam ku kelihatan hitam tp sedap tu...
resepi ?google lah sendiri,,,yg simple dan cepatt
guna apa saja yg ada dlm peti ais,,

Selasa, 31 Ogos 2010

ikan sambal sweet sour


Bahan-bahan
ikan kembung goreng dahulu
bawang besar bawang putih
cili  3 sudu
sos tomato
sos cili
halia 1 cm
daun bawang

tumis bawang besar dan bawang putih,halia yg telah dihiris
masukkan cili,tumis sampai garing
masukkan tomato sos,cili sos,sedikit air asam jawa
sedikit gula ,garam dan perasa
sudah pekat masukkan ikan dan hias dan hidang

Sabtu, 28 Ogos 2010

Masak lemak Udang dengan hirisan mangga



Bahan-bahan

Udang
santan
hirisan mangga
serbuk kunyit
daun kunyit

Cara membuat

Jerangkan santan cair masukkan sedikit serbuk kunyit
mendidih santan masukkan udang
masukkan hirisan mangga
mendidih tambahkan santan pekat
masukkan hirisan daun kunyit
garam dan perasa
siap dihidang...

rasanya seperti udang masak bersama nenas.

Rabu, 14 Julai 2010

Pengat pisang

CM suka makan,,untuk kali pertama cm buat mudahh rupanya,,,pejam mata pun bolehh buat,,

Sabtu, 5 Jun 2010

lunch yang sempoiii,,,


Menu:
Ayam goreng kunyit
Kangkung goreng bersama udang
Sambal belacan tomato
Pisang 3 bijik

Syukur Alhamdulillah,,,kalau rajin leh masak lagi..

Rabu, 21 April 2010

simple dessert


elaira ajar buat ni,simple dan sangat di gemari oleh budak2...cm cadang nk buat dessert ni masa besday my boy..

bahannya..
2 pack sumi jelly berbagai warna
fresh milk 1 kotak
susu pekat manis sedikit
fruit coktail
boleh buh 1 tin laici
campurkan ais kiub
siappppppp.......

Khamis, 8 April 2010

Spaghetti bolognise..

my paberettt ni..selalu buat cuma kali ni sosnya terpekat sebab buat sikit jer...resepi????alahai tutup mata pun jadikk arrr...layann gambar jerr...

Selasa, 23 Mac 2010

Asam Pedas Melaka- Daging Tetel



Layan gambarrr je lah yerr..belajar masak dari mak di kg...

Isnin, 1 Mac 2010

Kari ikan ala mamak..


Cm suka kari ikan kat kedai mamak tu,rasa masam tu yg memikat selera cm cuba google dan jumpa resepinyer.takde ikan yg besar di dalam peti ais tu ,cuma ada ikan kembung...aaar belasah arr.Sedapppp ..i likeee dan akan buat lg,macam masak kari biasa cuma ia ditumis bersama daun kari tanpa santan cuma jus asam jawa dan cm blend 2 bijik buah tomato menambah rasa masam....kesimpulannya cm dan anak-anak suka kari ni....satu lg resepi cm berjaya belajar buat kali ni..

Sabtu, 27 Februari 2010

South West Adobo Chicken


Ok,bahan-bahannyer...


seekor ayam...cari yg besar cantik,mongel dan seksi...

kecik molek tak main..tu ada sorang jer suker!!hihi

480ml oren juice...kami guna 1/2 botol besar Tropicana orange juice

125ml lime juice @ 2-3 biji lemon

2 sudu besar serbuk jintan manis

2 sudu besar daun rosemarry

7 biji bawang putih dicincang...7 yer afhdal

2 sudu besar serbuk cili

1/3 cawan olive oil

2 sudu besar black pepper

2 sudu besar white pepper

Semua bahan ni diperap bersama ayam seksi tu selama 2-3jam

Bakar selama 45 minit dlm oven.


Resepi dr Tgi Friday Restoran....cuba arr...



Sabtu, 13 Februari 2010

Meehun lagi


Anak-anak saya sangat suka makan mee hun...senang dan ekonomi..

Khamis, 11 Februari 2010

Tauhu kukus cina style

satu menu simple untuk yg nak diet...tauhu kukus ,chinese style..

kukus tauhu 7 minit
goreng dgn sedikit minyak bawang putih cincang dan udang kering cincang
kuarkan tahu dr kukusan dan masukkan tumisan bawang
sapukan tauhu dengan sos tiram
masukkan 3 sudu kicap cair dan sedikit minyak bijan
hiaskan dengan hirisan cili merah,bawang goreng dan daun bawang..


sedappppppp tau...simple makan begitu sahaja tanpa nasi...

Isnin, 8 Februari 2010

Tomyam campur

Simple dinner CM dengan keluarga...cepat dimasak sedap di makan...

Ahad, 7 Februari 2010

Mee sup untuk breakfast di pagi minggu..

mee supp segera,,,reneh tulang 2 jam ,tumis bawang merag,bawang putih,halia ,rempah tumis,kuning masukkan dlm air rebusan tulang,masukkan rempah sup tulang,hiris sawi,daun sup,bawang goreng,dan yg paling penting sambal kicapnyer...jommmmm,simple jer..

Nasi Goreng kampung

Simple dinner.
..balik sekolah jika ada aktiviti koko sampai lewat petang,saya biasanyer sedia simple dinner untuk family..

Ahad, 31 Januari 2010

salad ker ni???

ada sebijik carrot,ada sebelah kobis,sebijik timun 5 ekor udang,2 biji kentang,sebiji tomato,tak tahu nk buat apa????saya sagat semuanya campur mayonis dan lemon...jadilah begini...salad versi sayalah...

Isnin, 18 Januari 2010

Asam Pedas Melaka.


Jommmm asam pedas cm ....bersama cencalok...

setenggah cawan lada kering dimesin
7 biji bawang merah-tumbuk
4 biji bawang putih-tumbuk
sebesar ibu jari kunyit hidup-kisar dgn lada
sebesar ibu jari belacan-kisar dgn lada
sesudu halba
2 sudu jintan manis-kisar dgn lada
2 sudu rempah biji-kisar dgn lada
segemgam asam jawa (buat jus)
ikan (ikut suka)
daun kesum
bunga kantan
buah tomato
terung/bendi

cara membuat:

panaskan minyak,tumis halba pastikan tidak hangus,pahit nanti.
tumis bawang merah ditumbuk dengan bawang putih sampai kuning
masukkan lada,jaga api jgn hangus,pastikan garing secukupnya
sampai naik minyak
masukkan ikan(kalau ikan kecil masukkan kemudian,ikan besar masukkan selepas ditumis)
masukkan jus air asam sampai tengelam ikan
pedas dan masamnya perlu seimbang
biarkan mendidih
masukkan daun kesum
bunga kantan
terung
garam dan perasa
ada jugak mak saya masukkan kerisik untuk lebih kepekatan,tapi ni untuk ikan yg besar
last sekali buah tomato..
didihkan dan hidangkan....

asam pedas melaka biasa nya pekat merah,nampak pedas tapi tidak kerana ladanya garing,ikan kalau dapat yg segar menambah kemanisan kuah..

saya melaka dibahagian merlimau akan selalu jumpa asam pedas ikan parang,tapi kalau tak pandai makan tercekik tulang..


Sabtu, 16 Januari 2010

Mee hun putih untuk sarapan


Mee hun putih,CM tak pernah buat,pucat sungguh dalam peti ais ada sawi jer,kalau ada hirisan carrot mesti dia nampak  dia lebih berseri,cari cili merah pun tak de,stok barang dapur banyak dah habis,tapiiiii habis mee ni ada CM tak suka pedas berbaloi lah buat meehun putih ni,,

The sempoii lunch..


Lunch yang sungguh sempoiiii,sup ayam dan kacang panjang goreng..cukup arrr,hehehe malas lah tu..

mee goreng mamak.


ada rupa mee mamak tak??? cm tak bubuh telur tak suka cepat muak nanti.

Sabtu, 9 Januari 2010

Sup telur


antara paberet my girl ialah sup telur..hmm simple jer saya memasak,sup telur saya saya bubuh suun,tauhu kering(pucuk),kentang ,carrot,saya jugak sup ni,saya suka makan dgn ikan goreng,saya dan anak-anak tak berapa tahan pedas..nak resepi ker,hehehe,sonang bebeno,hhmmm tak payahlah buh resepi..

Rabu, 6 Januari 2010

puding roti marble..


kenapa lah belang dia tak berapa nak jadiiiiii...warna koko dia pun pucatt semacam..tai rasanyer mang


teskstur puding ni kasar ye larrr,resepi suruh guna serbuk agar-agar cm,bantai guna agar-agar biasa..kurang lemak sebab terlupa buuh butter, atau majerin

cuba lagi laaar...

Isnin, 4 Januari 2010

Roti gulung versi CM larr


marwan suka hidangan ni..ni khas untuk myhero...

lepat pisang seksi lemah gemalai...


tak pernah buat lepat pisang,walaupun masa kecik mak selalu buat,tapi tak nk tengok mak buat bila dah besar dah jadi tak tahu masak...cubalah buat lepat pisang,jadilah jugak tapi tak cantik..dan lembekk.kena tambah tepung lepas ni..mungkin kena tambah gula merah sikit kot..nk bagi berseri sikt rupa lepat tu..dalam resepi suruh bubuh santan pada adunan lepat tapi cm gantkan dengan susu cair ideal,tu sebab mungkin kurang lemak..cuba lagilah,nk try lepat labu,sedap sangat pernah makan kawan buat..

Ayam pedas tomato..


Nampak sedapkan??/
Yang ni resepi dari kawanku Sharifah Weedad,yg ni rasanya CM nk bag resepi..

1/2 ekor ayam- digoreng
10 biji lada kering dikisar
2 ulas bawang putih- kisar
4 ulas bawang merah-kisar
2 inci halia-ketuk
sebatang serai -kisar @ketuk
2 sudu tomato puri-jgn byk nanti masam
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1/2 gelas air.
garam
serbuk perasa
gula
buah tomato - hiasan.


Cara membuat:
  1. Panaskan kuali masukkan mnyak tumis bahan kisar sehingga garing
  2. masukkan air,tomato puri,sos tomato,sos cili.
  3. Masukkan ayam biar kan sebati bersama bahan tumisan.
  4. masukkan garam,serbuk perasa dan gula
  5. angkat dan hiaskan bersama hirisan tomato.
  6. Ringkas jer kan??????...cubalah,

Ahad, 3 Januari 2010

Tauhu sumbat


Kat dalam peti ais ada tauhu,taugeh dan timun,dari terbuang tak digunakan baik cm buat tauhu sumbat..
hmmm tapi malangnya cm sorang jer yg makan..anak-anak kata pedasssss...
tapikan sos tu i buat sendiri dengan 3 biji cili besar merah,bawang putih,sos cili,cuka sikit,gula,garam..best jugak..

kuey tiew pucat...


Pucat sungguh keiw tiew ni,,untuk kanak-kanak di waktu petang...

marble cake berkuah


ni apa yer.??
.ni CM buat untuk pelajar cm masa jamuan persatuan sejarah sebelum cuti sekolah baru ni.
..,budak-budak tu suka..
CM beli marble cake
fresh milk
fruit coktail
CM taburkan atas cake tu fruit coktail,fresh milk...jadilah dia rupa cam tu..apa nak beri nama nyer..??
cake tu jadi lemak dan basah..
dessert segera ni.!!!!

Nasi lemak local yarr,not international..


Jarang benar buat nasi lemak,cuti sekolah baru ni berkesempatan nk belajar buat...jadi kata juriku..

Sabtu, 2 Januari 2010

Salad terung grill..



CM try buat..ambik resepi kat blog seribu satu rasa...hmmm best jugak..

Laksa Asam


Laksa Asam..berjaya jugak akhirnya...

Jumaat, 1 Januari 2010

mee goreng untuk kanak-kanak..


untuk anakku di waktu petang....

mee kari nyonya..


yang ni sedap,bukan puji diri sendiri tapi memang sedap!!mee kari memang paberet,suka makan dan suka buat...mcm biasa cari resepi sendiri yer..

cekodok bilis



cekodok bilis....keraslah ada petua kot nk lembutkan cekodok..

cekodok pisang..



ok tak,? cekodok tu nampak garing,tapi sedapppppp you..resepi tarakkk yer..