panda said;

panda said;
secret ingrident..you just have believe

ke dapur...

ke dapur...
Jommmm masak..

Khamis, 16 Jun 2011

Ayam masak halia



Resepi mudah yg sihat dan ringkas,,,,

Bahan-bahanya:

Semangkuk isi ayam
Sebiji bawang besar
Sebuku halia muda
Cili padi
Sebiji tomato
Daun bawang
sos tiram

tumis isi ayam separuh masak
masukkan bawang besar,cili padi dan halia
masukkan 2 sudu sos tiram,sedikit air,,,
goreng hingga masak..
pejam mata pun boleh buat,,,,

Sabtu, 7 Mei 2011

Sambal sardin

untuk hupdate blog,,,sudilah kiranya  menatap sambal sardin merah menyala dariku,,
psssst tapi ramai kata i pandai masak sardin,,,especialy sambal sardin...hehehe..masuk bakul angkat sendiri...

Asam pedas lagi....


Dah nama orang melaka saya sangat meminati asam pedas,bila dapat ikan ,kepala saya mesti dah tergambar asam pedas,itulah yg paling menyelerakan...cuma kali ini dia agak cair dan saya bubuh daun kesom...

Ahad, 16 Januari 2011

Buat kuih sagu kelapa

Bahan-bahan asas yg mudah dan ringkas
secawan sagu
secawan gula
secawan kelapa parut
sedikit garam
3 helai daun pandan
3 gelas air
sedikit pewarna rose



basuh sagu dan toskan...

masukkan 3 cawan air,gula,sagu,dan pewarna merah serta daun pandan dlm periuk...

kacau sampai sagu likat dan kembang..atas api


masukkan dalam loyang dan kukus untuk memudahkan sagu lebih kembang dan cantik..


masukkan dalam acuan bulat atau potong ikut suka tabur kelapa parut
opppps sebelum tu sejukkan dulu

kuih sagu sedia di makan.....cubaan pertamaku menjadi...

Rabu, 8 Disember 2010

Agar-agar gula melaka



ni  hasilnya selepas di cuba,,,,,tapi mungkin saya kurang gula,,dia agak keras dan tawar...

Khamis, 18 November 2010

Asam pedas melaka ikan parang


Favourite ni,,
nak resepi tak???


50 sen lada kering,,
6  biji bawang merah
4 biji bawang putih
sesudu jintan manis
sesudu rempah biji
sedikit belacan (jika perlu)
seinci isii kelapa belum dikisar dibakar,dihiris nipis dan di blend@ gantikan sesudu kerisik
(semua ni kisar yer....)

Cara membuat
panaskan periuk...bubuh minyak secukupnya
tumis sesudu halba,,(pastikan jgn hangus nanti pahit)
halba kekuningan masukkan bahan kisar tu semua
tumis lada hingga betul-betul garing
masukkan air asam jawa(asam jawa kn banyak kira2 segemgam)
air asam jawa sampai tenggelam ikan atau ikut suka berdasar kepekatan
biarkan mendidih,masukkn garam dan perasa 
pas mendidih boleh masukkan tomato,bendi atau terung,,
saya suka tomato..

hidangkan,,,,,asam pedas melaka mesti pekat seimbang pedas dan masamnya..



Rabu, 17 November 2010

Ice cream buah

(maaf ler presentation tak lawa,,,dah di kacau dk pelajar saya)...

Jamuan akhir tahun kelas saya baru ni ,saya buatkan pelajar ice cream buah,
buah-buahan seperti epal hijau,guana(jambu batu),tembikai susu,sun melon,biasanya tak dpt perhatian budak-budak,cuba kita `bega`kan sikit,potongkan kecil-kecil,beli semangkuk besar ice cream perasa vanila ,cedok dan campurkan dalam buah,buat dia seperti bersalji di atas buah dan taburkan ralu..tisin(kismis).budak-budak pasti suka cubalah...oh yer nk sedap lg tambahkan 2 fruit yoggurt jenama Nestle tu...